Nombor Bulat
- Dalam topik ini terdapat beberapa subtopik iaitu nilai tempat dan nilai angka, nombor bundar, tambah, tolak, darab, bahagi dan operasi gabungan.
- Nombor bulat adalah seperti 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, .........., 9999999999....
- Nombor bulat boleh ditulis dalam perkataan atau angka.
- Nombor 1, 2, 3, 4, ... dipanggil nombor tabii / asli (natural numbers). Set tiga titik dibelakang nombor-nombor tersebut menunjukkan bahawa corak terus-menerusnya yang juga dipanggil elipsis.
- Setiap angka nombor bulat mewakili nilai tertentu mengikut kedudukan nilai angka dalam nombor tersebut. Sebagai contoh, nilai bagi setiap angka dalam nombor 7392675 adalah seperti berikut;
~juta - angka 7
~ratus ribu - angka 3
~puluh ribu - angka 9
~ribu - angka 2
~ratus - angka 6~puluh - angka 7
~sa - angka 5
- Nilai angka nombor bulat dalam bentuk jadual:
Nombor
|
Nilai angka 5
|
Nilai angka 3
|
5 493
|
5 000
|
3
|
9 351
|
50
|
300
|
Nombor bundar
- Nombor bulat boleh di'bundarkan' (rounded off) kepada nilai tempat tertentu mengikut ketepatan yang diperlukan.
- Kaedah untuk pembundaran (rounding off) nombor bulat kepada nilai tempat yang diberi adalah seperti berikut:
- Cari angka di sebelah kanan nilai tempat yang diberi.
- Jika angka ini adalah kurang dari 5, biarkan angka pada nilai tempat tersebut tidak berubah.
- Jika angka ini adalah 5 atau lebih, maka tambahkan 1 pada angka dalam nilai tempat yang diberi dan gantikan setiap angka di sebelah kanan dengan 0.
Operasi Tambah
- Penambahan (addition) adalah proses penjumlahan dua nombor atau lebih. Simbol bagi penambahan adalah '+' dan dibaca sebagai 'tambah' (plus).
- contoh:
- 3909+8527
- contoh
Kampung A, B dan C mempunyai populasi penduduk 9 452, 13 337 dan 5 087. Kira jumlah populasi penduduk untuk tiga kampung tersebut.
Jumlah populasi penduduk untuk kampung A, B dan C adalah 27 876.
Operasi Tolak
- Penolakan (subtraction) adalah proses mencari perbezaan atau baki (hasil tolakan dua nombor). Simbol bagi pengurangan / penolakan adalah '-' dan dibaca sebagai 'tolak' (minus).
- contoh:47 391 - 851
47 391 - 851 = 46 540- Contoh:
Jwb:
Perbezaan antara bilangan kereta jenama CAR model automatik dan model manual yang ditempah pada hari tersebut adalah sebanyak 1 214 unit.
Operasi Darab
- Pendaraban (multiplication) adalah proses mencari hasil terdiri daripada dua atau lebih nombor. Simbol bagi pendaraban adalah 'x' dan dibaca sebagai 'darab' (multiply).
- contoh:
- 347x24
- Contoh:
Jwb:
Jumlah helai kertas bersaiz A4 yang digunakan dalam sehari oleh pusat fotokopi tersebut adalah 17 460 helai.
Operasi Bahagi
- Pembahagian (division) adalah proses mencari hasil bahagi suatu nombor dengan nombor lain yang mana bukan sifar. Simbol bagi pembahagian adalah '÷' dan dibaca sebagai 'bahagi' (divide).
***
- Hasil bahagi sebarang nombor yang dibahagi dengan sifar (zero) adalah tidak dapat ditakrifkan.
Contoh: 7 ÷ 0 adalah tidak dapat ditakrifkan. - Hasil bahagi apabila sifar dibahagikan dengan sebarang nombor (kecuali sifar) ialah sifar.
Contoh: 0 ÷ 7 = 0.
- Hasil bahagi sebarang nombor yang dibahagi dengan sifar (zero) adalah tidak dapat ditakrifkan.
- 534 ÷ 3
Hasil bahagi 534 ÷ 3 adalah 178. - 5 649 ÷ 21
Hasil bahagi 5 649 ÷ 21 adalah 269. - 4 533 ÷ 8
Hasil bahagi 4 533 ÷ 8 = 566 berbaki 5.
Contoh:
Sebuah badan bukan kerajaan ingin mengagihkan bantuan 525 buah basikal kepada 7 buah sekolah terpilih dalam daerah Alor Gajah. Jika basikal tersebut diagihkan sama-rata untuk setiap sekolah, berapa buah basikal yang akan diterima oleh setiap sekolah?
Jwb:
525 ÷ 7
Jumlah basikal yang akan diterima oleh setiap sekolah = 525 ÷ 7 = 75 buah basikal.
Operasi Gabungan
Operasi gabungan
|
Arahan operasi
|
+ dan -
|
Lakukan + dan – dari kiri ke kanan
|
X dan ÷
|
Lakukan x dan ÷ dari kiri ke kanan
|
+, -, x dan ÷
|
Lakukan x dan ÷ dahulu, kemudian diikuti dengan + dan – dari kiri ke kanan
|
+, -, x, ÷ dan ( )
|
Lakukan pengiraan didalam kurungan dahulu, kemudian diikuti dengan x dan ÷ , dan akhir sekali barulah lakukan + dan – dari kiri ke kanan
|
Pengiraan yang melibatkan kombinasi penambahan dan pengurangan (Addition and subtraction)
Nilaikan
- 334 + 729 - 507334 + 729 - 507 = 1 063 - 507= 556
- 2 435 - 342 + 2502 435 - 342 + 250 = 2 093 + 250= 2 343
Pengiraan yang melibatkan kombinasi pendaraban dan pembahagian (Multiplication and division)
Nilaikan
- 72 x 50 ÷ 18
72 x 50 ÷ 18 = 3 600 ÷ 18
= 200 - 567 ÷ 7 x 3
567 ÷ 7 x 3 = 81 x 3
= 243
Pengiraan yang melibatkan kombinasi + , - , x dan ÷
Kira
- 16 x 9 + 55 ÷ 11
Lakukan operasi x dan ÷ dahulu
16 x 9 + 55 ÷ 11 = 144 + 5
= 149 - 136 ÷ 8 x 4 - 23
Lakukan operasi ÷ dan x dahulu, dari kiri ke kanan
136 ÷ 8 x 4 - 23 = 17 x 4 - 23
= 68 - 23
= 45
Pengiraan yang melibatkan kombinasi
Dapatkan nilai setiap yang berikut.
- 272 ÷ (40 - 8 x 3) + 57
Lakukan pendaraban dahulu diikuti dengan pengurangan, di dalam kurungan.
272 ÷ (40 - 24) + 57 = 272 ÷ 16 + 57
Lakukan pembahagian dahulu diikuti dengan penambahan
= 17 + 57
= 74 - (7 x 9 + 5)(10 - 21 ÷ 7)
Lakukan pendaraban dan pembahagian dahulu
= (63 + 5)(10 - 3)
Kemudian lakukan penambahan dan pengurangan
= (68)(7)
= 476
Penyelesaian masalah melibatkan operasi gabungan
Pak Ali menjualkan tanahnya pada harga RM473 000. Setelah dia menyimpan RM95 000 di bank, Pak Ali berhasrat untuk mengagih baki wang tersebut kepada 8 orang anaknya secara sama-rata. Dapatkan jumlah wang yang akan diterima oleh setiap anaknya.
Jawapan:
Jumlah wang yang akan diterima oleh setiap anaknya
= RM(473 000 - 95 000) ÷ 8
= RM378 000 ÷ 8
= RM47 250
----------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment