Tuesday 17 April 2012

Nota Bab 2 (Pola Nombor dan Urutannya)

Assalamualaikum semua..
harap2 anda semua diberi kesihatan yang baik...
Semua dah faham kan topik Nombor Bulat, jd kita terus pada topik Pola Nombor dan Urutan...

Dalam topik kita dapat lihat beberapa lagi subtopik iaitu:

1) Nombor Urutan
2)Nombor Ganjil dan Genap
3) Nombor Perdana
4) Pemfaktoran
5) Faktor Perdana
6) Gandaan
7)Gandaan Sepunya dan Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK)
8) Faktor Sepunya dan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB)


Corak/Pola Nombor dan Urutannya

  • Urutan (sequence) adalah nombor-nombor yang disusun dalam corak tertentu.
  • Corak urutan nombor (number sequence) dapat ditentukan dengan menambah, menolak, mendarab atau membahagikan nombor dalam urutan yang sebelumnya dengan bilangan/nombor-nombor tertentu.

1)Urutan Fibonacci (Fibonacci Sequence)

  • Corak nombor 1, 1, 2, 3, 5, 8, ...dipanggil urutan Fibonacci.

  • Urutan ini bermula dengan 1, 1 dan setiap selepas sebutan (term) yang kedua, diperolehi dengan menambah dua sebutan (term) sebelumnya yang terdapat dalam urutan.


  • Menggambarkan corak/pola urutan nombor

         ~ Gambarkan corak setiap urutan nombor berikut: 
               i) 5, 12, 19, 26, ...           Penyelesaian:


  • Corak urutan nombor 5, 12, 19, 26, ... diperolehi dengan menambah 7 pada nombor sebelumnya (nombor dalam urutan).

          ii) 1, 4, 16, 64, ...     Penyelesaian:

  • Corak urutan nombor 1, 4, 16, 64, ... diperolehi dengan mendarabkan  nombor dalam urutan sebelumnya dengan 4.

         iii) 40, 35, 30, 25, ...     Penyelesaian:

  • Corak urutan nombor 40, 35, 30, 25, ... diperolehi dengan
    menolakkan  5 dari nombor sebelumnya (nombor dalam urutan).

         iv) 144, 72, 36, 18, ...
        Penyelesaian:

  • Corak urutan nombor 144, 72, 36, 18, ... diperolehi dengan membahagikan  nombor dalam urutan sebelumnya dengan 2.

2) Nombor Ganjil dan Genap

  • Nombor Ganjil adalah nombor yang tidak boleh dibahagi dengan 2. Contohnya: 1, 3, 5, 7, ... 

  • Nombor Genap adalah nombor yang boleh dibahagikan dengan nombor 2.
    Contohnya: 2, 4, 6, 8, ... 




***
  • Nombor Ganjil + Nombor Ganjil = Nombor Genap



3) Nombor Perdana

  • Nombor perdana - nombor bulat yang hanya boleh dibahagikan dengan dirinya sendiri dan nombor 1 . 
  • Nombor perdana mempunyai hanya dua pembahagi (nombor itu sendiri dan nombor 1).

  • Nombor perdana terkecil ialah nombor 2, satu-satunya nombor genap yang merupakan nombor perdana.
  • Nombor perdana yang kurang daripada 50 adalah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23, 29, 31, 37, 41, 43 dan 47.
***
Nombor 1 adalah BUKAN nombor perdana .

Menentukan samada nombor yang diberi adalah nombor perdana

Contoh:
Tentukan samada setiap nombor berikut adalah nombor perdana.
  • 13
    Penyelesaian:
    13 ÷ 1 = 13
    13 ÷ 13 = 1
    13 hanya boleh dibahagi dengan 1 dan 13 → (2 pembahagi)
    Oleh itu, 13 adalah nombor perdana.

  • 51
    Penyelesaian:
    51 ÷ 1 = 51
    51 ÷ 3 = 17
    51 ÷ 17 = 3
    51 ÷ 51 = 51
    51 boleh dibahagi dengan 1, 3, 17 dan 51 → (4 pembahagi/divisors)
    Oleh itu, 51 bukan nombor perdana.

    ------------------------------------------------------------------
    ***
    Nota untuk topik ini tidah lengkap,anda boleh klik di sini untuk dapatkan nota selebihnya... 

    Fikir2kan dan Selamat Berjuang ("-")v




5 comments: